UNIC cipta kejutan, juarai Gema Gegar Vaganza
- putrajayakingdom
- May 22, 2017
- 1 min read

KUALA LUMPUR 21 Mei. - Kumpulan UNIC mencipta kejutan apabila diumumkan sebagai Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini, malam ini.
UNIC yang membawakan lagu popularnya, Ainul Mardhiah serta duet bersama Saujana menerusi lagu Kalah Dalam Menang nyanyian asal Mawi dan Syamsul Yusof menewaskan lima peserta lain.
Kemenangan itu melayakkan UNIC membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 sumbangan Astro dan sebuah trofi.
Sementara itu, Hijjaz memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro trofi.
Hijjaz turut memenangi Anugerah Persembahan Pilihan Penonton hadiah dan menerima wang tunai RM5,000 sumbangan Serai Mas.
Mirwana pula berada di tangga ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 sumbangan Serai Mas dan trofi.
Azmi yang menduduki tempat keempat membawa pulang RM15,000 dan trofi. Azmi turut menerima Anugerah Gema Terindah dan mendapat hadiah berupa wang tunai RM15,000 sumbangan Kopi Pak Belalang.
Sementara itu, Hafiz Hamidun dan kumpulan Saujana masing-masing berjaya di tempat kelima dan keenam mendapat hadiah wang tunai RM10,000 dan RM5,000 serta trofi.
Kesemua persembahan peserta pada malam ini 100 peratus diadili oleh juri tetap, Farihin Abdul Fatah dan Oki Setiana Dewi serta juri jemputan, Datuk Siti Nurhaliza.
Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Farihin. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/berita/unic-cipta-kejutan-juarai-gema-gegar-vaganza-1.484519#ixzz4hlaMbqTe © Utusan Melayu (M) Bhd
Commentaires