top of page
Search

TMJ yakin Vingada boleh bantu Kim Swee

  • putrajayakingdom
  • May 25, 2017
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Kehadiran jurulatih baharu Harimau Malaya, Nelo Vingada turut akan menyumbang sesuatu kepada skuad bawah 22 tahun (B-22) negara. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan jurulatih kelahiran Portugal itu pasti boleh berkongsi beberapa perkara termasuk pendapat, kepakaran dan pengalaman untuk pengurusan skuad B-22.

Katanya, gabungan pendapat dan kepakaran antara jurulatih akan memudahkan lagi usaha mempersiapkan skuad B-22 yang akan menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos depan. "Buat masa ini jurulatih skuad Sukan SEA adalah Datuk Ong Kim Swee. Tapi untuk berkongsi pendapat, sudah pasti boleh.

"Kita bekerja di bawah satu bumbung dan kita akan sentiasa berkongsi pendapat untuk kebaikan bola sepak negara," katanya pada sidang media memperkenalkan Vingada sebagai jurulatih Harimau Malaya, di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu termasuk Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan penolong jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. Selain itu, Tunku Ismail turut berharap semua pasukan negeri atau kelab dapat memberi kerjasama terbaik dalam melepaskan pemain mereka menyertai skuad Sukan SEA.

"Skuad B-22 akan mengharungi aksi persahabatan di China pada 6 hingga 13 Jun ini sebagai persiapan untuk Sukan SEA. "Walaupun ia di luar kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), kita harap semua pasukan dapat memberi kerjasama dengan melepaskan pemain mereka," katanya. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/286084


 
 
 

Comments


bottom of page