top of page

Perdana Menteri bertemu kepimpinan baharu DPMM


PUTRAJAYA 7 Sept- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempengerusikan mesyuarat bersama kepimpinan baharu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu antara lain membincangkan hala tuju DPMM di bawah kepimpinan baharu yang dilantik pada Mei lepas.

Perdana Menteri turut menyampaikan amanatnya kepada dewan perniagaan tersebut.

DPMM diwakili oleh Presidennya Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, Timbalan Presiden Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, Naib Presiden Datuk Fauzi Hassan dan Norsyahrin Hamidon, Setiausaha Agung Nizam Mahshar dan Bendahari Agung Syed Salim Syed Mohamed serta wakil kepimpinan dari setiap negeri.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato' Muhammad Khairun Aseh.

bottom of page