top of page

PERDANA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN IMAM BESAR MASJID AL-AQSA


Kuala Lumpur, 1 Nov – Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah menerima kunjungan hormat daripada Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. E’krima Sa’eed Sabri di pejabatnya di Parlimen, di sini, semalam.


Pertemuan yang diaturkan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Muhammad Khairun Aseh, memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk terus menyatakan sokongan dan keprihatinan Malaysia terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat Palestin, khususnya.



Semoga suara dan sokongan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, mewakili rakyat Malaysia, terus menjadikan rakyat Palestin kuat dan yakin bahawa mereka tidak berseorangan di sana.


Turut serta adalah wakil-wakil daripada Yayasan MYAQSA yang bertanggungjawab membawa Sheikh Dr. E’krima ke Malaysia kali ini.


bottom of page